wesihat-admin

6 posts

Strok Haba dan Kesihatan Anda

Apakah yang dimaksudkan dengan strok haba? Strok haba adalah tahap penyakit berkaitan dengan haba yang paling teruk. Ia disebabkan oleh peningkatan suhu badan yang cepat. Strok haba ini disebabkan oleh pendedahan berpanjangan kepada suhu tinggi atau melakukan aktiviti fizikal yang berat dalam persekitaran yang panas. Ia dianggap sebagai kecemasan dan […]

Jerebu, COVID-19 dan Kesihatan Anda

Jerebu adalah keadaan yang berterusan di Negara ini. Keadaan menjadi lebih ketara semasa bulan-bulan panas dan kering setiap tahun. Jerebu boleh disebabkan oleh fenomena semula jadi seperti ribut debu, letusan gunung berapi, atau kebakaran hutan, serta aktiviti manusia seperti pencemaran industri, ekzos kenderaan, pembakaran bahan api fosil, dan pembakaran terbuka. […]

Di Sebalik Asap Rokok

‘Clouded Vision’ merupakan projek yang direka oleh kami, sekumpulan pelajar perubatan Universiti Malaya tahun 4 yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran bahawa merokok bukan sekadar isu tingkah laku tetapi juga merupakan sejenis penyakit mental kronik yang kompleks yang melibatkan pelbagai masalah yang mulai dari ketagihan dan ditamatkan oleh sindrom sarak. Kesediaan untuk berubah yang rendah dan kebergantungan tinggi terhadap nikotin menjadi antara salah satu punca utama perokok memandang tabiat merokok susah untuk dikawali. Melalui risalah ini, kami berharap agar masyarakat umum sedar bahawa tabiat merokok memudaratkan diri dan perokok boleh mendapatkan pelbagai jenis bantuan seperti bantuan atas talian dan terapi gantian nikotin untuk membantu mereka berhenti merokok. Kami juga telah mengabungkan pelbagai informasi daripada pelbagai punca seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menjana risalah ini.

Pelancaran Laman Sesawang Baharu – Masyarakat Sihat (massihat.com)

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera, Sukacita dimaklumkan, kami amat berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran laman sesawang baharu kami massihat.com yang ingin dijadikan sebagai medium pendidikan dan penyampaian maklumat kesihatan awam yang dapat meningkatkan kesedaran, menambah ilmu pengetahuan, menggalakkan perkongsian pendapat, dan membangunkan pemikiran kritikal para pembaca. Sebagai salah satu universiti […]