Blog

32 posts

Bukan Sekadar Membeli: Pastikan Peranti Perubatan Berdaftar dengan MDA

Daripada termometer digital dan alat pemantau tekanan darah kepada kit ujian kendiri dan alat bantuan pernafasan, peranti perubatan semakin menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita. Kemudahan membeli produk ini melalui farmasi, kedai peralatan perubatan dan platform e-dagang membolehkan pengguna mendapatkan pelbagai peranti kesihatan dengan lebih mudah. Namun, adakah setiap peranti […]

Perubatan Kulinari: Dari Dapur ke Penuaan Sihat Warga Emas Malaysia

Malaysia semakin menghampiri status negara menua. Di sebalik angka demografi ini, terdapat persoalan kesihatan awam yang besar: bagaimana kita membantu warga emas makan dengan lebih sihat, memasak dengan lebih yakin, dan kekal berdaya dalam kehidupan harian? Cabaran pemakanan, penyakit tidak berjangkit (NCD) dan penurunan fungsi fizikal bukan sekadar isu individu, […]

Jerebu dan Paru-Paru: Pilih Pelitup yang Sesuai

Jerebu bukan sahaja mengganggu penglihatan. Zarah halus dalam udara berjerebu boleh masuk jauh ke dalam paru-paru. Zarah ini boleh menyebabkan masalah pernafasan dan memburukkan penyakit yang sedia ada. Risiko ini lebih tinggi bagi kanak-kanak, warga emas, pesakit jantung atau paru-paru, serta mereka yang bekerja lama di luar. Bagaimanakah jerebu menjejaskan […]

Jerebu dan Udara Dalam Rumah: Adakah Duduk di Dalam Rumah Sudah Cukup?

Menutup pintu dan tingkap dapat mengurangkan kemasukan jerebu. Namun, langkah ini tidak menjadikan udara di dalam rumah bebas daripada pencemaran. Semasa jerebu, kita sering dinasihatkan supaya berada di dalam rumah serta menutup pintu dan tingkap. Langkah ini memang membantu, terutama apabila kualiti udara di luar tidak sihat. Namun, zarah halus […]

Batuk Haji: 7 Langkah Menjaga Kesihatan Saluran Pernafasan

Menunaikan ibadah haji merupakan impian setiap Muslim yang berkemampuan. Setiap tahun, jutaan umat Islam dari seluruh dunia berhimpun di Tanah Suci Makkah untuk menyempurnakan rukun Islam kelima. Namun, di sebalik kemuliaan ibadah ini, haji turut membawa cabaran kesihatan yang tersendiri. Antara masalah kesihatan yang paling kerap dialami oleh jemaah ialah […]

WIRA: Pelaburan Kesihatan Remaja untuk Membina Pemimpin Masa Depan

Kesihatan remaja merupakan pelaburan penting dalam membina generasi masa depan yang sihat, berdaya tahan dan bersedia memimpin masyarakat. Dalam konteks kesihatan awam, usaha membentuk amalan hidup sihat perlu bermula lebih awal kerana fasa remaja ialah tempoh penting dalam pembentukan identiti, nilai, tabiat dan corak tingkah laku harian. Atas kesedaran ini, […]

Album Makanan Malaysia: Panduan Visual untuk Pilihan Pemakanan Lebih Sihat

Album Makanan Malaysia: Edisi Kedua merupakan satu bahan rujukan bergambar yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membantu orang ramai memahami pengambilan makanan dengan lebih jelas. Album ini memaparkan pelbagai jenis makanan yang biasa dimakan oleh rakyat Malaysia, lengkap dengan anggaran saiz hidangan menggunakan sukatan harian seperti cawan, sudu, dan […]

Pemakanan Sihat: Badan Cergas Bermula Dari Pinggan Anda

Pemakanan sihat memainkan peranan penting dalam memastikan tubuh badan kekal cergas dan berfungsi dengan baik. Amalan pemakanan yang seimbang bukan sahaja membantu mengekalkan berat badan ideal, malah mengurangkan risiko pelbagai penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan penyakit jantung. Sebagai panduan mudah, konsep Suku-Suku Separuh boleh dijadikan rujukan dalam setiap hidangan […]

Manis di Lidah, Bahaya di Badan

Minuman bergula jadi penyumbang utama obesiti, isu kesihatan awam yang kian serius di Malaysia. Lebih separuh rakyat dewasa Malaysia kini berdepan masalah berat badan berlebihan dan obesiti. Ini bukan lagi isu terpencil atau pilihan peribadi semata-mata, sebaliknya satu krisis kesihatan awam yang sedang berkembang secara senyap tetapi konsisten. Tinjauan Kesihatan […]

Obesiti Kanak-Kanak: “An Apple a Day Keeps the Doctor Away” – Mitos atau Amaran?

“An apple a day keeps the doctor away.” Ungkapan ini sering diulang, namun sejauh mana ia benar-benar dihayati dalam kehidupan seharian kita? Realitinya, semakin ramai kanak-kanak di Malaysia berdepan masalah berat badan berlebihan dan obesiti. Statistik kebangsaan menunjukkan hampir satu daripada lima kanak-kanak berusia 5 hingga 17 tahun berada dalam […]