Di Sebalik
Asap Rokok
Minda Sihat
BEBAS ROKOK
Kesan Rokok Pada Individual
1 dalam 5 kes kematian daripada penyakit jantung adalah disebabkan oleh merokok
Merokok boleh menyebabkan radang saluran pernafasan & juga pelbagai jenis kanser seperti kanser paru-paru
Saluran darah boleh menjadi sempit dan menaikkan risiko untuk strok
Immunity badan akan menjadi lemah dan meningkatkan risiko untuk jangkitan dalam badan
Keinginan merokok terlalu kuat
Rokok mengandungi bahan kimia: nikotin – yang menyebabkan kita ketagih. Kesan ketagihan nikotin boleh menjadi sekuat heroin. Ketagihan nikotin sangat susah diatasi kerana ia mengganggu otak kita dengan membuat reseptor-reseptor nikotin yang berlebihan untuk membuatkan dos-dos nikotin yang besar dari tembakau.
Tidak tahan perasaan sindrom sarak
Sentiasa dalam kerisauan, cepat marah dan berkeinginan kuat untuk nikotin apabila kita berhenti “menyuap” diri dengan rokok. Fenomena ini dikenali sebagai sindrom sarak. Ia berlaku kerana otak berhenti mendapat nikotin yang biasa diterima.
Faedah Berhenti Merokok
20 minit
Denyutan nadi & tekanan darah menurun
1-9 bulan
Masalah batuk & sesak nafas semakin pulih
5 tahun
Risiko serangan strok menurun seperti orang yang tidak merokok
10 tahun
Kadar maut berkaitan kanser paru-paru berkurang separuh kali ganda
Rokok vs. Vape
Rokok
- Mengandungi nikotin
- Nikotin dibebaskan melalui pembakaran tembakau
Vape
- Peranti elektronik yang sesetengahnya juga mengandungi nikotin
- Nikotin dibebaskan melalui pemanasan cecair
Kesan Kandungan Utama Vape pada Kesihatan
- Iritasi mata, tekak dan saluran pernafasan
- Asma
- Risiko kanser
- Kerosakan organ dalaman
- Membunuh sel paru-paru, otak dan lapisan kulit
Solusi Berhenti Merokok
12 Tip Berhenti Merokok yang Disyorkan Kementerian Kesihatan Malaysia:
Melengah-lengah
Tunggu 5 minit atau katakan sebentar sebelum merokok
Mengelakkan Diri
Jauhi suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
Menjauhi Diri
Jauhi dari orang yang merokok
Membasuh Tangan Selalu
Mandi dengan kerap
Mengunyah sesuatu
Seperti gula-gula getah atau buah-buahan
Minum Air Masak
Elakkan minuman berkafein.
Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
Meregangkan Otot
Lakukan senaman apabila rasa mengantuk
Meditasi atau bersukan
Menyibukkan diri
Melakukan akitiviti lain untuk mengalih tumpuan
Memohon doa
Terapi Gantian Nikotin
Gam
Penyedut
Lozenge
Tampalan
Semburan Hidung
Kaunseling Tingkah Laku
Dapatkan kaunseling daripada pakar untuk bantu berhenti
ANDA TIDAK BERSENDIRIAN!
DAPATKAN BANTUAN PERKHIDMATAN BERHENTI MEROKOK DENGAN MELAYARI LAMAN SESAWANG JOMQUIT
TALIAN BANTUAN BERHENTI MEROKOK