Syarat Penggunaan Laman Web Massihat.com
Penggunaan laman sesawang Massihat.com oleh anda bermaksud anda telah menerima dan bersetuju untuk mematuhi syarat penggunaan laman sesawang ini. Maklumat yang terkandung di dalam laman web ini adalah untuk tujuan pendidikan dan maklumat umum sahaja. Istilah ‘Pihak Webmaster’ atau ‘kami’ adalah merujuk kepada pemilik laman web ini. Istilah ‘anda’ adalah merujuk kepada pengguna atau pengunjung laman sesawang ini.
1. Larangan Penggunaan
Anda boleh menggunakan laman sesawang Massihat.com HANYA untuk tujuan yang sah. Anda DILARANG sama sekali menggunakan laman sesawang ini:
- Dalam sebarang tatacara yang melanggar undang-undang atau peraturan tempatan, negara, atau antarabangsa yang berkaitan.
- Dalam sebarang bentuk penipuan, penyelewengan, atau penyebaran maklumat palsu.
- Untuk tujuan provokasi, menghasut, memfitnah, menyebar kebencian dan diskriminasi.
- Dengan sengaja untuk menerima, memuat naik, memuat turun, menggunakan, atau menggunakan semula sebarang bahan yang tidak mematuhi peraturan penggunaan dan piawaian kandungan laman sesawang ini.
- Untuk mengirim, atau memperoleh penghantaran, sebarang bahan iklan atau promosi tanpa keizinan atau tidak sah, atau sebarang bentuk permintaan serupa (spam) yang lain.
- Dengan sengaja menghantar atau memuat naik sebarang bahan yang mengandungi virus, cecacing, perisian perosak (malware), perisian intip, perisian iklan, atau apa-apa program berbahaya lain, atau kod komputer yang direka bentuk untuk memberi kesan buruk terhadap operasi mana-mana perisian komputer atau perkakasan elektronik yang lain.
Anda juga bersetuju untuk:
- Tidak menghasilkan semula, membuat pendua (duplication), menyalin, atau menjual semula mana-mana bahagian dan isi kandungan laman sesawang ini yang melanggar syarat penggunaan laman sesawang ini.
- Tidak menggunakan mana-mana bahagian dan isi kandungan di dalam laman sesawang ini untuk tujuan mengaut keuntungan peribadi tanpa persetujuan.
- Tidak mengakses tanpa kebenaran, mengubahsuai, merosakkan, atau mengganggu mana-mana bahagian dan isi kandungan sedia ada di dalam laman sesawang ini;
- sebarang peralatan, atau rangkaian yang memuatkan laman sesawang ini;
- sebarang perisian yang digunakan dalam penyediaan laman sesawang ini; atau
- sebarang peralatan, rangkaian, atau perisian yang dimiliki, atau digunakan oleh pihak ketiga.
2. Peraturan Penggunaan dan Piawaian Kandungan
Peraturan penggunaan dan piawaian kandungan ini tertakluk kepada apa-apa bahan penulisan yang anda sumbangkan untuk laman sesawang ini, dan untuk sebarang perkhidmatan interaktif yang berkaitan dengannya.
Kandungan penulisan MESTI:
- Berfakta tepat dan berdasarkan sumber yang sahih.
- Memberikan apresiasi terhadap sumber rujukan yang digunakan. Fakta yang dirujuk perlu disusun semula menggunakan ayat sendiri serta memberi kredit kepada penulis atau pemilik asal (tidak meniru, menyalin, atau menciplak mana-mana sumber, harta intelek, dan hak cipta tanpa izin).
Kandungan penulisan TIDAK BOLEH:
- Mengandungi sebarang bahan yang memfitnah mana-mana individu, organisasi, atau pihak tertentu.
- Mengandungi sebarang bahan berunsurkan seksual yang tidak senonoh.
- Mengandungi sebarang bahan atau kenyataan yang menyerang, mengecewakan, memalukan, menakutkan, mengganggu, atau menyinggung perasaan berunsurkan kebencian, fitnah, dan hasutan.
- Menggalakkan keganasan, cacian, dan makian.
- Mempromosikan diskriminasi berdasarkan bangsa, jantina, agama, kewarganegaraan, kecacatan, orientasi seksual, atau usia.
- Melanggar mana-mana hak cipta, hak pangkalan data, atau tanda dagangan mana-mana individu lain.
- Berunsurkan penipuan, penyelewengan, dan makluman palsu.
- Mempromosikan aktiviti haram yang melanggar undang-undang.
- Mengancam, menyalahguna, atau menyerang privasi individu atau pihak lain, atau menyebabkan gangguan, ketidakselesaan atau kebimbangan yang tidak perlu.
- Digunakan untuk menyamar sebagai individu lain, atau untuk menyalahguna gambar, identiti atau hubungan anda dengan mana-mana individu atau pihak lain.
3. Perkhidmatan Interaktif
Pihak Webmaster dari semasa ke semasa menyediakan perkhidmatan interaktif di laman sesawang ini mengikut keperluan; contohnya seperti forum, ruang komen, dan sebagainya.
Bagi mana-mana perkhidmatan interaktif yang kami sediakan, kami akan memberikan maklumat yang jelas kepada anda tentang jenis perkhidmatan yang ditawarkan, jika ia dikawal dan jenis bentuk kawalan yang digunakan (termasuk sama ada ianya manusia atau teknikal).
Kami akan melakukan yang terbaik untuk menilai apa-apa risiko berkemungkinan bagi pengguna daripada pihak ketiga apabila menggunakan mana-mana perkhidmatan interaktif yang disediakan di laman sesawang ini, dan dalam setiap kes kami akan memutuskan sama ada wajar untuk menggunakan kawalan perkhidmatan yang relevan (termasuk jenis kawalan yang akan digunakan) dengan mempertimbangkan risiko tersebut.
Walau bagaimanapun, pihak Webmaster tidak berkewajipan untuk sentiasa mengawasi, memantau, atau mengawal mana-mana perkhidmatan interaktif yang disediakan di laman sesawang ini, dan dengan tegas mengecualikan liabiliti kami ke atas sebarang kes-kes gangguan, penipuan, kehilangan, kerosakan, dan pelanggaran privasi, dan pertelingkahan pendapat yang timbul daripada penggunaan perkhidmatan interaktif oleh pengguna yang melanggar peraturan penggunaan dan piawaian kandungan, sama ada perkhidmatan itu dikawal atau sebaliknya.
4. Had, Penggantungan atau Penamatan
Pihak Webmaster boleh mengehad, menggantung sementara, atau menamatkan akses anda di mana-mana bahagian atau seluruh bahagian yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Kami boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan laman web menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu.
5. Perubahan
Pihak Webmaster mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa. Walaubagaimanapun, dalam keadaan kecemasan, atau demi menjaga keselamatan laman sesawang, atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana kami mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal, atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda.
Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan, atau penambahan yang terkini.
6. Hak Cipta
Laman sesawang ini dan kandungannya adalah hak cipta 2022 Masyarakat Sihat – Hak Cipta Terpelihara.
Sebarang pengedaran semula atau pengeluaran semula sebahagian atau semua kandungan dalam bentuk apa pun dilarang selain daripada yang berikut:
- Anda boleh mencetak atau memuat turun ke ekstrak cakera keras tempatan untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial sahaja.
- Anda boleh menyalin kandungan tersebut kepada pihak ketiga secara individu untuk kegunaan peribadi mereka, tetapi hanya jika anda mengakui laman sesawang ini sebagai sumber bahan tersebut.